Kos per Gram / ml

Ringkasan

Kira kos per gram atau per ml berdasarkan harga beli dan kuantiti. Ini memudahkan anda kira kos bahan yang digunakan dalam resipi dengan lebih tepat.

Formula

Kos per g/ml = Harga Beli ÷ Kuantiti (g/ml)
Maksudnya: harga dibahagi mengikut unit kecil supaya senang kira penggunaan sebenar.

Cara Guna

  • Masukkan harga beli (RM).
  • Masukkan kuantiti dalam gram atau ml (g/ml).
  • Semak “Kos per g/ml”, kemudian darab dengan kuantiti yang digunakan dalam resipi.

Contoh Kiraan

Harga RM23.50, kuantiti 1,000g → Kos per g = RM0.0235

FAQ

Q1

Saya beli dalam kg atau liter, macam mana?
Tukar sahaja kepada gram/ml. 1kg = 1,000g dan 1L = 1,000ml. Masukkan kuantiti yang sudah ditukar.

Q2

Kenapa output guna 4 decimal?
Sebab kos per gram/ml biasanya nilai kecil. Kalau 2 decimal, ia akan jadi 0.00 dan tak membantu untuk kira kos resipi.

Q3

Lepas dapat kos per g/ml, saya nak buat apa?
Darab kos per g/ml dengan kuantiti yang digunakan dalam resipi. Contoh: RM0.0235 × 120g = RM2.82.