Margin of Safety (%)
Ringkasan
Margin of Safety tunjuk berapa jauh jualan semasa anda dari jualan break-even. Lagi tinggi %, lagi selamat bisnes anda jika jualan turun.
Formula
Margin of Safety (RM) = Jualan Semasa − Jualan Break-even
Margin of Safety (%) = (Jualan Semasa − Jualan Break-even) ÷ Jualan Semasa × 100
Cara Guna
- Masukkan jualan semasa (RM) untuk tempoh yang sama (contoh bulan ini).
- Masukkan jualan break-even (RM) bagi tempoh yang sama.
- Semak Margin of Safety (RM) dan (%).
Tip: Untuk dapatkan Jualan Break-even (RM), guna kalkulator Break-even (Unit & RM).
Contoh Kiraan
Jualan semasa RM10,000, jualan break-even RM7,500
Margin of Safety RM2,500 dan 25.00%
Maksudnya jualan boleh jatuh ~25% sebelum capai break-even.
Cara Baca Margin of Safety
- < 0%: Anda masih di bawah break-even (belum cover kos tetap).
- 0% – 10%: Sangat rapuh. Jualan turun sikit pun boleh rugi.
- 10% – 25%: Sederhana selamat (bergantung musim).
- 25%: Lebih stabil. Ada ruang untuk promo/naik turun jualan.
Ini bukan “standard wajib”, tapi guideline yang usahawan mudah faham.
FAQ
Q1
Apa maksud Margin of Safety tinggi?
Bisnes lebih tahan jika jualan turun, sebab anda jauh dari titik break-even.
Q2
Berapa % yang “cantik”?
Secara praktikal, ramai usahawan selesa bila ada buffer 10%–30% (ikut industri & stabiliti jualan). Lagi volatile, lagi tinggi sepatutnya.
Q3
Kalau Margin of Safety negatif?
Itu tanda jualan semasa masih bawah break-even (anda masih belum cover kos tetap). Kena naikkan jualan, naikkan margin, atau kurangkan kos tetap.