Target Kos Maksimum Manufacturer (RM/unit)

Ringkasan

Kalkulator ini ialah kalkulator Reverse / Target Cost untuk retail. Ia membantu anda jawab soalan paling kritikal bila harga rak (RSP/SRP) sudah ditetapkan oleh retailer:

“Kalau retailer & distributor nak margin/untung sekian-sekian, berapa kos maksimum yang manufacturer boleh hasilkan supaya masih capai margin/markup sasaran?”

Kalkulator ini sesuai untuk:

  • Direct ke Retailer (tanpa distributor), dan
  • Via Distributor (ada orang tengah)

Output paling penting ialah Target Kos Maksimum Manufacturer (RM/unit) — ini ialah “limit kos” yang mesti dicapai untuk memastikan margin/markup manufacturer tidak pecah.

Formula & Maksud Istilah

1) RSP (Harga Rak)
Harga yang pelanggan bayar di rak.

2) P_DR (Retailer bayar Supplier seterusnya)
Harga yang retailer sanggup bayar kepada supplier seterusnya:

  • Jika direct → supplier seterusnya ialah manufacturer
  • Jika via distributor → supplier seterusnya ialah distributor

3) P_MD (Distributor bayar Manufacturer) (hanya bila via distributor)
Harga yang distributor sanggup bayar manufacturer selepas ambil bahagian dia.

4) Target Kos Maksimum Manufacturer
Kos pengeluaran maksimum yang masih membolehkan manufacturer capai margin/markup sasaran.

Jika kos sebenar lebih tinggi daripada nombor ini, margin sasaran tak akan tercapai.

Formula (Ringkas)

A) Retailer tentukan harga Retailer bayar Distributor (P_DR) daripada RSP

Jika retailer guna margin %:
P_DR = RSP × (1 − MarginRetail/100)

Jika retailer guna untung RM/unit:
P_DR = RSP − UntungRetail(RM/unit)

B) Jika Route = Via Distributor, kira Distributor byar Manufacturer (P_MD) daripada P_DR

Distributor boleh pilih salah satu:

  • Margin Distributor (%)
    P_MD = P_DR × (1 − MarginDist/100)
  • Markup Distributor (%)
    P_MD = P_DR ÷ (1 + MarkupDist/100)
  • Untung Distributor (RM/unit)
    P_MD = P_DR − UntungDist(RM/unit)

Jika Route = Direct, maka:
P_MD = P_DR (tiada distributor)

C) Kira Target Kos Maksimum Manufacturer daripada P_MD

Jika manufacturer target margin %:
KosMax = P_MD × (1 − MarginMfg/100)

Jika manufacturer target markup %:
KosMax = P_MD ÷ (1 + MarkupMfg/100)

Cara Guna Kalkulator

Langkah 1 — Masukkan harga rak

  1. Isi RSP/SRP (Harga Rak).

Langkah 2 — Pilih Route

  1. Pilih:
  • Direct ke Retailer (tanpa distributor), atau
  • Via Distributor

Langkah 3 — Tetapkan sasaran retailer

  1. Pilih cara retailer:
  • Margin retailer (%) atau
  • Untung retailer (RM/unit)
    → Isi salah satu. Kalkulator akan kira P_DR.

Langkah 4 — Jika via distributor, tetapkan sasaran distributor

  1. Pilih cara distributor:
  • Margin %, Markup %, atau Untung RM/unit
    → Isi salah satu. Kalkulator akan kira P_MD.

Langkah 5 — Tetapkan sasaran manufacturer

  1. Pilih target manufacturer:
  • Margin manufacturer (%) atau
  • Markup manufacturer (%)
    → Kalkulator akan keluarkan Target Kos Maksimum Manufacturer.

(Optional) Semak kos semasa

  1. Tick “Saya ada kos semasa” dan masukkan kos semasa untuk lihat:
    berapa perlu turunkan kos (RM/unit)

Contoh Kiraan

Input

  • RSP = RM19.90
  • Retailer margin = 25%
  • Distributor markup = 15%
  • Manufacturer target margin = 35%

Kiraan

  • P_DR = 19.90 × (1 − 0.25) = 14.93
  • P_MD = 14.93 ÷ 1.15 = 12.98
  • KosMax = 12.98 × (1 − 0.35) = 8.44

Ringkasan

  • Untuk capai margin manufacturer 35% dalam struktur ini, kos seunit mesti ≤ RM8.44.

FAQ

Q1

Ini “kos minimum” atau “kos maksimum”?
Ini ialah kos maksimum yang dibenarkan untuk capai margin/markup sasaran. Lagi rendah kos sebenar, lagi selamat margin anda

Q2

Bila patut guna Route Direct vs Via Distributor?
Guna Direct bila retailer beli terus dari manufacturer.
Guna Via Distributor bila retailer beli dari distributor — kerana distributor akan ambil bahagian mereka sebelum harga sampai ke manufacturer.

Q3

Kenapa saya perlu kira balik dari RSP?
Sebab dalam banyak kes, retailer dah “lock” RSP untuk kekal kompetitif. Maka satu-satunya cara untuk capai margin ialah optimise kos atau runding bahagian setiap layer.

Q4

Distributor patut guna margin%, markup% atau RM/unit?
Semua boleh berlaku. Ramai distributor suka RM/unit untuk item murah (mudah nampak ringgit). Margin/markup pula biasa untuk KPI dan polisi harga.

Q5

Jika Target Kos Maksimum jadi 0/negatif, maksudnya apa?
Maksudnya struktur harga tak masuk akal untuk sasaran yang anda letak:
RSP terlalu rendah, margin retailer/distributor terlalu tinggi, atau target margin/markup manufacturer terlalu agresif. Anda perlu ubah salah satu faktor ini.

Nota Penting (bila RSP jadi “tak masuk akal” selepas ada distributor)

Kalau kalkulator tunjuk KosMax terlalu rendah (susahlah nak capai), maknanya ruang untuk manufacturer terlalu sempit. Biasanya ada 3 jalan utama untuk naikkan KosMax:

1) Naikkan RSP (Harga Rak)

Bila RSP naik, automatik P_DR dan P_MD boleh naik — jadi KosMax pun naik.
✅ Sesuai kalau produk ada value/branding yang boleh justify harga lebih tinggi.

2) Kurangkan “bahagian” retailer atau distributor

Runding semula supaya:

  • Margin retailer lebih rendah atau tukar kepada sasaran RM/unit yang lebih realistik
  • Margin/markup/untung distributor lebih rendah (atau caj diubah struktur)

✅ Sesuai bila RSP memang tak boleh naik (pasaran sensitif harga).

3) Longgarkan target margin/markup manufacturer (sementara)

  • Kalau target manufacturer terlalu tinggi, KosMax akan turun.
  • Kadang-kadang strategi terbaik ialah:
    • margin awal lebih rendah untuk masuk shelf & bina volume,
    • kemudian naikkan margin melalui scale, pack size, atau efficiency.

✅ Sesuai untuk fasa “entry” ke retail.

Tip praktikal: Ubah satu faktor sahaja setiap kali (RSP / retailer / distributor / target mfg) dan lihat perubahan KosMax — itu cara paling cepat buat keputusan.