Financial Health Tracker
Diagnosis asas tahap kesihatan kewangan bisnes anda — hijau, kuning atau merah?
Kemajuan pengisian0 / 10 soalan
Bahagian 1 — Aliran Tunai
3 soalan — asas pengiraan Cash Runway
S1. Baki tunai semasa dalam akaun bisnes anda (RM)
Baki akaun bank bisnes hari ini sahaja. Jangan masukkan akaun peribadi — ia akan mengelirukan bacaan sebenar.
RM
S2. Cash burn rate bulanan anda (RM)
Jumlah SEMUA tunai yang keluar setiap bulan. Cara kira — tambahkan semua perkara di bawah:
Cara kira Cash Burn Rate anda
Kos Tetap
Sewa + Gaji & EPF + Ansuran pinjaman + Utiliti + Insurans
Kos Berubah
Pembelian stok + Bayaran supplier + Penghantaran + Komisyen
Lain-lain
Bayaran perkhidmatan + Peralatan + Kos operasi harian lain
Cash Burn Rate = JUMLAH semua perkara di atas
⚠ Termasuk kos berubah — pembelian stok dan bayaran supplier. Ini memberikan gambaran cash runway yang lebih tepat berbanding sekadar kos tetap.
RM
S2b. Komitmen sekali bayar dalam tempoh 3 bulan akan datang (RM) — jika ada
Bayaran tidak berulang yang akan datang dalam masa terdekat. Contoh: pembaharuan lesen, deposit, cukai, pembelian aset kecil, atau bayaran tertunggak. Biarkan kosong jika tiada.
RM
S3. Purata jualan bulanan anda (RM)
Anggaran jualan kasar — purata 3 bulan terakhir adalah yang paling tepat.
RM
Bahagian 2 — Kos Barang & Gross Margin
2 soalan — asas pengiraan Gross Margin %
S4. Jumlah kos barang atau kos langsung untuk hasilkan jualan anda (RM/bulan)
Kos bahan mentah, kos stok yang dijual, atau kos langsung perkhidmatan — tidak termasuk sewa, gaji, atau overhead.
RM
S5. Dalam 3 bulan terakhir, adakah kos barang atau bahan anda meningkat tanpa anda naikkan harga jual?
Kos yang naik tanpa penyesuaian harga jual akan menghakis margin anda secara perlahan-lahan tanpa anda sedar.
Bahagian 3 — Stok & Inventory Days
2 soalan — asas pengiraan Inventory Days
S6. Nilai semasa stok barang yang ada dalam premis atau gudang anda (RM)
Nilai stok pada harga kos — bukan harga jual. Jika bisnes perkhidmatan tanpa stok fizikal, isikan 0.
RM
S7. Bagaimana keadaan stok anda sekarang?
Dalam konteks bekalan semasa, stok yang banyak boleh jadi kelebihan atau beban — bergantung kepada kedudukan tunai anda. Jawab dengan jujur.
Bahagian 4 — Bekalan & Supplier
1 soalan berkaitan bekalan dan terma supplier
Konteks 2025:Gangguan bekalan global menyebabkan supplier mengubah terma bayaran dan bahan mentah alternatif mengambil masa 45 hari atau lebih untuk tiba. Ini punca baharu yang menjejaskan bisnes walaupun kewangan dalaman nampak okay.
S8. Adakah supplier anda mengubah cara mereka berurusan dalam 3 bulan terakhir?
Perubahan cara supplier berurusan adalah isyarat awal tekanan bekalan yang perlu diberi perhatian segera.
Bahagian 5 — Kawalan Kewangan
1 soalan berkaitan amalan kewangan asas
S9. Akaun bank bisnes dan peribadi anda — bagaimana?
Tanpa pemisahan akaun, anda tidak boleh tahu dengan tepat berapa sebenar kedudukan kewangan bisnes anda.
Diagnosis — Punca Yang Berkemungkinan Pada Bisnes Anda
Rawatan Mengikut Diagnosis
Semak Semula 30 Hari Dari Sekarang — Kira Semula 3 Nombor Ini
NOMBOR 01
Cash Runway
✓ Naik atau kekal — bisnes stabil
✕ Masih turun — tindakan belum cukup
NOMBOR 02
Gross Margin %
✓ Naik atau kekal — harga/kos betul
✕ Masih turun — kos masih tidak dikawal
NOMBOR 03
Inventory Days
✓ Turun — stok mula berpusing
✕ Masih naik — stok masih terikat
Nota: Tracker ini adalah alat diagnosis ringkas berdasarkan maklumat yang anda masukkan. Keputusan ini bukan nasihat kewangan profesional. Untuk analisis mendalam, berbincanglah dengan akauntan atau penasihat perniagaan bertauliah.