Kalkulator – Bisnes SPA

KALKULATOR PERANCANGAN BISNES SPA · V7

Kira Sebelum Buat Keputusan

Gunakan kalkulator ini untuk merancang kos treatment, harga, komisen therapist, pakej, kapasiti, jualan minimum dan sasaran untung. Ia direka sebagai alat pembelajaran dan simulasi — bukan sistem merekod transaksi akaun.

1. Kira Overhead
2. Kira Kos Treatment
3. Uji Harga & Promosi
4. Rancang Untung
Penting: Gunakan angka yang munasabah berdasarkan keadaan spa anda. Keputusan kalkulator ialah anggaran perancangan. Selepas bulan berakhir, bandingkan sasaran ini dengan rekod sebenar untuk melihat sama ada anda berada di landasan yang betul.

Fahami Kos Sebelum Tetapkan Harga

Mulakan dengan overhead. Kemudian gabungkan overhead dengan kos langsung treatment. Selepas anda tahu kos penuh satu treatment, barulah uji harga, promosi dan margin.

Kalkulator Asas

Kalkulator Overhead Spa

Overhead ialah kos operasi yang tidak mudah dikaitkan terus kepada satu treatment. Kos ini tetap perlu ditanggung walaupun slot treatment tidak penuh.

Contoh overhead: sewa, gaji admin/receptionist, gaji tetap therapist, EPF/SOCSO/EIS majikan, software booking, internet, lesen, insurans, maintenance, cleaning, susut nilai peralatan dan kos pentadbiran umum.

Rule mudah therapist: jika bayaran tetap perlu dibayar walaupun tiada pelanggan, masukkan sebagai overhead. Jika bayaran bertambah setiap kali treatment dibuat, masukkan sebagai kos langsung treatment.

Jangan masukkan dua kali: jika komisen therapist, serum atau disposable sudah dikira sebagai kos langsung setiap treatment, jangan masukkan kos yang sama sekali lagi di sini.
Masukkan jumlah gaji asas tetap semua therapist. Jangan masukkan komisen di sini.
Pilih driver perancangan:
Kaedah Per Treatment sesuai jika kebanyakan servis hampir sama tempoh.
Kaedah Per Jam Treatment Produktif lebih sesuai jika spa mempunyai treatment 30 minit, 60 minit, 90 minit atau 2 jam yang berbeza.

Kenapa utilisation penting?

Overhead yang sama perlu ditanggung walaupun slot kosong. Semakin rendah utilisation, semakin tinggi overhead yang perlu diserap oleh setiap jam treatment yang benar-benar dijual.

Contoh: overhead RM18,000 dengan 600 jam treatment = RM30/jam. Jika hanya 300 jam treatment terjual, overhead naik menjadi RM60/jam.

Kalkulator 1

Kos Penuh & Harga Treatment

Gabungkan kos langsung treatment dengan overhead berdasarkan tempoh treatment. Kemudian tentukan harga berdasarkan margin sasaran.

Kos langsung ialah kos yang berubah apabila treatment dibuat — contohnya produk, disposable, laundry per pelanggan dan komisen atau bayaran therapist yang berubah mengikut treatment.

Overhead pula dikira ikut masa treatment. Kalkulator akan mengambil kadar overhead per jam treatment produktif daripada Kalkulator Overhead Spa dan mendarabkannya dengan tempoh treatment.
Ambil daripada Kalkulator Overhead Spa
Dikira automatik ikut tempoh treatment

Kenapa masa treatment penting?

Treatment 30 minit tidak sepatutnya menyerap overhead yang sama dengan treatment 90 minit jika kedua-duanya menggunakan therapist dan ruang pada tempoh yang sangat berbeza.

Contoh: jika overhead produktif ialah RM50 sejam, treatment 30 minit menyerap RM25 overhead, manakala treatment 90 minit menyerap RM75.

Kalkulator 2

Uji Harga / Promosi

Selepas anda tahu kos penuh treatment, uji apa yang berlaku jika anda memilih harga tertentu atau memberi diskaun.

Kalkulator ini tidak meminta anda masukkan semua kos semula. Ambil sahaja kos penuh daripada Kalkulator 1.

Apa yang sedang diuji?

Anda bukan merekod transaksi sebenar. Anda sedang membuat simulasi: “Jika saya jual pada harga ini dan beri diskaun ini, berapa margin yang masih tinggal?”

Kalkulator 3

Harga Pakej Spa

Semak sama ada harga pakej 3, 6 atau 12 sesi terlalu murah selepas mengambil kira kos semua sesi.

Perangkap biasa pakej

Cash diterima awal memang membantu aliran tunai, tetapi setiap sesi yang dijanjikan tetap mempunyai kos. Pakej yang terlalu murah boleh menghasilkan banyak kerja tetapi margin terlalu nipis.

Kalkulator 4

Diskaun Selamat

Kira diskaun maksimum yang masih membolehkan anda mengekalkan margin sasaran.

Gunakan sebelum buat promosi. Diskaun patut datang selepas anda tahu kos dan margin minimum — bukan sebaliknya.

Therapist & Komisen

Komisen boleh membantu mendorong jualan, tetapi struktur komisen perlu meninggalkan margin yang mencukupi untuk spa membayar kos lain dan menghasilkan untung.

Kalkulator 5

Komisen Therapist Yang Mampu Ditanggung

Uji kadar komisen dan lihat sama ada baki margin spa masih mencukupi.

Apa yang perlu difikirkan?

  • Komisen tinggi tidak semestinya salah, tetapi ia mesti sepadan dengan harga dan kos servis.
  • Jika therapist juga menerima gaji tetap, kos gaji tersebut perlu dipertimbangkan dalam struktur keseluruhan spa.
  • Jangan hanya tanya “berapa % komisen biasa?” — tanya “berapa % yang bisnes saya mampu bayar?”

Kapasiti & Penggunaan Therapist

Untung spa bukan hanya soal harga. Slot treatment yang kosong juga ialah kapasiti yang tidak menghasilkan jualan.

Kalkulator 6

Kapasiti Therapist & Sasaran Utilisation

Anggar berapa banyak appointment yang mampu dikendalikan oleh pasukan anda dan berapa peratus kapasiti yang anda rancang untuk gunakan.

Cara guna untuk keputusan

Jika utilisation masih rendah, menambah therapist atau bilik mungkin belum menyelesaikan masalah. Anda mungkin perlu memperbaiki booking, repeat customer, pemasaran atau jadual operasi dahulu.

Jualan Minimum & Sasaran Untung

Bahagian ini menukar sasaran RM kepada bilangan treatment. Ini membantu owner menjadikan sasaran lebih praktikal untuk pasukan.

Kalkulator 7

Break-Even Spa Bulanan

Kira berapa treatment perlu dibuat untuk menampung kos tetap bulanan sebelum spa mula menghasilkan untung.

Break-even bukan sasaran untung. Ia cuma titik minimum di mana margin sumbangan sudah cukup untuk menampung kos tetap.

Kalkulator 8

Sasaran Untung Bulanan

Kira bilangan treatment dan jualan yang diperlukan untuk mencapai sasaran untung bulanan.

Sasaran “RM28,000 hasil” kurang bermakna kepada therapist. Sasaran “14 treatment sehari untuk seluruh pasukan” biasanya lebih mudah diterjemahkan kepada tindakan.

Produk & Appointment

Dua kebocoran yang sering tidak disedari dalam spa ialah penggunaan produk yang tidak dikira per treatment dan slot appointment yang hilang kerana no-show.

Kalkulator 9

Kos Produk Per Treatment

Kira kos sebenar penggunaan cleanser, serum, mask, oil, cream atau bahan lain berdasarkan kuantiti yang digunakan dalam satu treatment.

ProdukHarga bekas (RM)Kandungan (ml/g/unit)Guna per treatmentKos / treatment
RM0.00
RM0.00
RM0.00

Gunakan unit yang sama pada “kandungan” dan “guna per treatment”. Contohnya 500 ml dan 8 ml, atau 1,000 g dan 25 g.

Kalkulator 10

No-Show & Risiko Slot Kosong

Anggar kesan kewangan no-show dan lihat berapa banyak nilai yang berpotensi dilindungi jika anda merancang deposit booking.

Nota pendidikan: deposit bukan automatik menjadi hasil spa apabila pelanggan tidak hadir. Polisi pembatalan, refund dan terma pelanggan perlu ditetapkan dengan jelas. Kalkulator ini hanya menunjukkan saiz risiko slot kosong untuk tujuan perancangan.

Bagaimana Gunakan Kalkulator Ini Dengan Betul?

  • Langkah 1: Senaraikan overhead bulanan spa dan pilih driver yang sesuai.
  • Langkah 2: Kira overhead per jam treatment atau per treatment.
  • Langkah 3: Masukkan tempoh treatment supaya overhead diperuntukkan mengikut masa, kemudian gabungkan dengan kos langsung.
  • Langkah 4: Tetapkan harga dan margin, kemudian uji diskaun, pakej dan komisen.
  • Langkah 5: Semak kapasiti therapist supaya sasaran jualan realistik.
  • Langkah 6: Kira break-even dan sasaran untung bulanan.
  • Langkah 7: Selepas bulan berakhir, bandingkan rancangan dengan rekod sebenar daripada sistem akaun atau rekod bisnes anda.
Kalkulator ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan perancangan bisnes. Keputusan ialah anggaran berdasarkan angka yang dimasukkan oleh pengguna dan bukan nasihat perakaunan, percukaian atau kewangan profesional. Struktur kos setiap spa boleh berbeza.