Efficiency / Activity Ratio
Kira nisbah kecekapan untuk melihat sejauh mana bisnes mengurus stok, kutipan pelanggan, bayaran pembekal dan penggunaan aset. Output dipaparkan dalam format x dan hari.
Masukkan Data Kewangan
Untuk baki seperti stok, receivables, payables dan aset, masukkan baki awal dan baki akhir supaya kalkulator boleh kira purata.
Berapa kali stok berpusing atau dijual dalam satu tempoh.
Masukkan data untuk mengira Inventory Turnover.
Berapa cekap bisnes mengutip hutang pelanggan.
Masukkan data untuk mengira Receivables Turnover.
Berapa cepat bisnes membayar pembekal atau trade payables.
Masukkan data untuk mengira Payables Turnover.
Sejauh mana aset digunakan untuk menjana jualan.
Masukkan data untuk mengira Total Asset Turnover.
Sejauh mana aset tetap menjana jualan.
Masukkan data untuk mengira Fixed Asset Turnover.
Tempoh tunai tersangkut dalam stok dan hutang pelanggan selepas mengambil kira bayaran pembekal.
Masukkan data untuk mengira Cash Conversion Cycle.
Klik butang ini untuk cetak keputusan atau pilih Save as PDF dalam paparan print browser.
Efficiency / Activity Ratio
Efficiency atau Activity Ratio membantu pemilik bisnes menilai sejauh mana aset dan modal kerja digunakan dengan cekap. Ratio ini bukan sekadar melihat untung atau rugi, tetapi melihat sama ada stok, hutang pelanggan, hutang pembekal dan aset benar-benar bergerak dengan sihat.
1. Inventory Turnover
Formula
Average Inventory = (Opening Inventory + Closing Inventory) ÷ 2
Inventory Days = 365 ÷ Inventory Turnover
Inventory Turnover menunjukkan berapa kali stok berpusing atau dijual dalam satu tempoh. Ratio ini penting untuk bisnes makanan, retail, trading, manufacturing dan mana-mana bisnes yang memegang stok.
Cara Guna
- Masukkan COGS atau kos barang dijual.
- Masukkan opening inventory dan closing inventory.
- Kalkulator akan kira pusingan stok dan anggaran hari stok tersimpan.
Contoh Kiraan
Opening Inventory RM25,000
Closing Inventory RM35,000
Average Inventory = RM30,000
Inventory Turnover = 6.00x
Inventory Days = 61 hari
FAQ
Biasanya ia menunjukkan stok cepat bergerak. Tetapi terlalu tinggi juga boleh menyebabkan risiko stock-out, iaitu pelanggan mahu beli tetapi stok tidak cukup.
Ia boleh menunjukkan stok bergerak perlahan, stok terlalu banyak, pembelian tidak terkawal atau produk tidak lagi mendapat permintaan.
2. Receivables Turnover
Formula
Average Trade Receivables = (Opening Trade Receivables + Closing Trade Receivables) ÷ 2
Collection Period = 365 ÷ Receivables Turnover
Receivables Turnover menunjukkan kecekapan bisnes mengutip hutang pelanggan. Collection Period pula menunjukkan anggaran berapa hari pelanggan mengambil masa untuk membayar.
Cara Guna
- Masukkan sales atau credit sales jika ada.
- Masukkan opening trade receivables dan closing trade receivables.
- Semak turnover dan collection period.
Contoh Kiraan
Opening Trade Receivables RM30,000
Closing Trade Receivables RM42,000
Average Trade Receivables = RM36,000
Receivables Turnover = 8.33x
Collection Period = 44 hari
FAQ
Sebab untung atas invoice belum tentu bermaksud tunai sudah masuk. Jika pelanggan lambat bayar, bisnes boleh untung atas kertas tetapi cash flow tetap ketat.
Jika semua jualan benar-benar tunai, Receivables Turnover mungkin kurang relevan. Fokus lebih kepada rekod jualan, bank reconciliation dan cash ratio.
3. Payables Turnover
Formula
Average Trade Payables = (Opening Trade Payables + Closing Trade Payables) ÷ 2
Payment Period = 365 ÷ Payables Turnover
Payables Turnover menunjukkan berapa cepat bisnes membayar pembekal. Payment Period membantu melihat sama ada bisnes membayar terlalu cepat, terlalu lambat atau mengikut terma kredit yang sesuai.
Cara Guna
- Masukkan purchases atau pembelian kredit.
- Masukkan opening trade payables dan closing trade payables.
- Kalkulator akan kira turnover dan payment period.
Contoh Kiraan
Opening Trade Payables RM22,000
Closing Trade Payables RM28,000
Average Trade Payables = RM25,000
Payables Turnover = 6.40x
Payment Period = 57 hari
FAQ
Dari segi tunai, membayar lambat boleh memberi ruang sementara. Tetapi jika terlalu lambat, ia boleh merosakkan hubungan supplier, menyebabkan caj lewat bayar atau sekatan bekalan.
Payables biasanya berkait dengan pembelian daripada supplier. Jika angka purchases tidak tersedia, COGS kadang-kadang digunakan sebagai anggaran, tetapi keputusan mungkin kurang tepat.
4. Total Asset Turnover
Formula
Average Total Assets = (Opening Total Assets + Closing Total Assets) ÷ 2
Total Asset Turnover menunjukkan berapa banyak jualan yang dijana oleh setiap RM1 aset dalam perniagaan.
Cara Guna
- Masukkan sales atau revenue.
- Masukkan opening total assets dan closing total assets.
- Semak berapa kali aset menjana jualan.
Contoh Kiraan
Opening Total Assets RM180,000
Closing Total Assets RM220,000
Average Total Assets = RM200,000
Total Asset Turnover = 1.50x
FAQ
Ia boleh menunjukkan aset belum digunakan dengan cekap untuk menjana jualan. Contohnya mesin tidak cukup digunakan, stok terlalu banyak atau aset meningkat tetapi jualan tidak ikut meningkat.
Boleh, tetapi perlu berhati-hati. Bisnes servis, retail dan manufacturing mempunyai struktur aset yang berbeza.
5. Fixed Asset Turnover
Formula
Average Fixed Assets = (Opening Fixed Assets + Closing Fixed Assets) ÷ 2
Fixed Asset Turnover menunjukkan sejauh mana aset tetap seperti mesin, kenderaan, peralatan, komputer atau renovation digunakan untuk menjana jualan.
Cara Guna
- Masukkan sales atau revenue.
- Masukkan opening fixed assets dan closing fixed assets.
- Semak keupayaan aset tetap menjana jualan.
Contoh Kiraan
Opening Fixed Assets RM90,000
Closing Fixed Assets RM110,000
Average Fixed Assets = RM100,000
Fixed Asset Turnover = 3.00x
FAQ
Jika bisnes banyak membeli mesin atau peralatan, ratio ini membantu melihat sama ada pelaburan aset tersebut menyumbang kepada jualan.
Ia boleh menunjukkan aset digunakan dengan cekap. Tetapi ia juga boleh bermaksud aset terlalu kecil atau sudah lama, dan bisnes mungkin hampir mencapai kapasiti maksimum.
6. Cash Conversion Cycle
Formula
Cash Conversion Cycle menunjukkan anggaran tempoh tunai tersangkut dalam operasi. Ia menggabungkan tiga perkara penting: berapa lama stok tersimpan, berapa lama pelanggan bayar dan berapa lama bisnes ambil masa membayar supplier.
Cara Guna
- Kira Inventory Days.
- Kira Collection Period.
- Kira Payment Period.
- Gabungkan ketiga-tiga angka untuk melihat kitaran tunai operasi.
Contoh Kiraan
Collection Period 44 hari
Payment Period 57 hari
Cash Conversion Cycle = 48 hari
FAQ
Biasanya ya, kerana tunai lebih cepat kembali ke dalam bisnes. Tetapi tafsiran masih bergantung kepada jenis bisnes, terma pembekal, polisi kredit dan strategi stok.
Antara cara praktikal ialah kurangkan stok lambat bergerak, percepatkan kutipan pelanggan, semak terma bayaran supplier, kawal pembelian dan pantau aging receivables secara berkala.