Cash Reserve Minimum
Cash Reserve Minimum
Kira jumlah simpanan tunai minimum untuk menampung komitmen operasi perniagaan.
Formula
Formula asas untuk mengira cash reserve minimum ialah:
Untuk semak jurang simpanan:
Cara Guna
- Masukkan jumlah komitmen operasi bulanan yang wajib dibayar.
- Masukkan bilangan bulan simpanan tunai yang dikehendaki.
- Masukkan simpanan tunai sedia ada jika ada.
- Tekan butang Kira Sekarang.
- Lihat jumlah simpanan tunai minimum dan jurang simpanan semasa.
Contoh Kiraan
Contohnya:
- Sewa: RM1,500
- Gaji: RM3,000
- Utiliti: RM600
- Ansuran pinjaman: RM1,200
- Belanja operasi lain: RM700
Komitmen operasi bulanan = RM7,000
Jika sasaran simpanan ialah 3 bulan:
RM7,000 × 3 = RM21,000
Maksudnya, cash reserve minimum yang disasarkan ialah RM21,000.
Maksud Keputusan
- Simpanan mencukupi: Perniagaan ada ruang tunai untuk menampung komitmen operasi jika jualan menurun sementara.
- Simpanan belum mencukupi: Perniagaan perlu bina tabung tunai secara berperingkat.
- Komitmen bulanan tinggi: Semak semula belanja tetap supaya bisnes tidak terlalu berat menanggung kos setiap bulan.
- Reserve terlalu rendah: Bisnes lebih mudah tertekan bila berlaku jualan perlahan, kos naik atau pelanggan lambat bayar.
Nota Penting
FAQ
1. Apa maksud cash reserve minimum?
Cash reserve minimum ialah jumlah simpanan tunai minimum yang disediakan untuk menampung komitmen operasi perniagaan.
2. Berapa bulan simpanan tunai yang sesuai?
Untuk permulaan, 1 hingga 3 bulan komitmen operasi boleh dijadikan sasaran awal. Perniagaan yang lebih berisiko mungkin perlukan lebih banyak.
3. Adakah belian stok perlu dimasukkan?
Untuk kalkulator ini, fokus utama ialah komitmen operasi tetap. Belian stok boleh dikira berasingan jika ia berubah mengikut jualan.
4. Kalau simpanan saya belum cukup, apa perlu dibuat?
Bina secara berperingkat. Contohnya, asingkan sebahagian kutipan tunai setiap minggu sehingga capai sasaran reserve.
5. Adakah cash reserve sama dengan untung terkumpul?
Tidak semestinya. Cash reserve merujuk kepada tunai yang benar-benar tersedia, bukan sekadar untung dalam laporan.