Gross-to-Net (Tolakan Pasaraya)
Ringkasan
Kalkulator Gross-to-Net (G2N) ini membantu anda nampak harga bersih sebenar yang anda terima sebagai supplier bila jual ke pasaraya.
Ramai usahawan tersilap sebab mereka fikir:
“Harga Supply RM13, kos RM10, untung RM3.”
Padahal bila masuk retail, akan ada tolakan seperti rebate, promo fund, markdown support, listing fee, return/expired allowance, logistik — akhirnya untung boleh jadi nipis atau rugi.
Kalkulator ini tunjuk aliran sebenar:
GSP (Harga Supply Kasar) → Tolakan per unit → NSP (Harga Bersih) → Untung Bersih per unit
Nota: GSP boleh diambil daripada Harga Supply yang anda dapat dalam Kalkulator SRP.
Formula & Maksud Istilah
1) GSP (Gross Supply Price)
Harga supply kasar — harga invois anda kepada pasaraya sebelum tolakan.
2) Tolakan (Trade Deductions)
Kos/penolakan yang mengurangkan duit yang anda terima, contoh:
- Rebate (%)
- Promo fund (%)
- Markdown support (%)
- Listing fee (RM) (diagih ikut target unit)
- Return/Expired allowance (%)
- Logistik per unit (RM)
3) NSP (Net Supply Price)
Harga bersih yang anda “betul-betul dapat” selepas semua tolakan.
Kiraan utama (per unit)
- Rebate (RM/unit) = GSP × Rebate%
- Promo fund (RM/unit) = GSP × Promo%
- Markdown (RM/unit) = GSP × Markdown%
- Return allowance (RM/unit) = GSP × Return% (jika ada)
- Listing fee (RM/unit) = Listing fee (jumlah) ÷ Target unit (jika ada)
- Jumlah tolakan (RM/unit)
- = Rebate + Promo + Markdown + Return allowance + Listing fee/unit + Logistik/unit
- NSP (RM/unit) = GSP − Jumlah tolakan
- Untung bersih supplier (RM/unit) = NSP − Kos per unit
- Margin bersih (%) = Untung bersih ÷ NSP × 100
Cara Guna
- Masukkan Kos per unit (RM).
- Masukkan GSP (Harga Supply Kasar) — biasanya daripada “Harga Supply” kalkulator SRP.
- Isi tolakan yang relevan:
- Rebate (%)
- Promo fund (%)
- Markdown support (%)
- Logistik per unit (RM)
- Jika ada Listing fee, tick “Include Listing Fee” dan isi:
- Listing fee (jumlah RM)
- Target unit (untuk agih fee per unit)
- Jika ada Return/Expired allowance, tick dan isi peratus.
- Semak output:
- Jumlah tolakan (RM/unit)
- NSP (Harga Bersih)
- Untung bersih per unit & margin bersih
- Tip belajar: Cuba ubah satu tolakan (contoh rebate 3% → 6%) dan lihat bagaimana NSP & untung jatuh.
Contoh Kiraan
Situasi: Anda jual produk ke pasaraya. Harga supply nampak ok, tapi ada tolakan retail.
Input
- Kos per unit = RM10.00
- GSP (Harga Supply Kasar) = RM13.00
Tolakan (%) atas GSP
- Rebate = 5%
- Promo fund = 3%
- Markdown support = 2%
Tolakan lain
- Logistik per unit = RM0.50
- Listing fee (jumlah) = RM500
- Target unit (untuk agih listing) = 1,000 unit
- Return/Expired allowance = 0% (tiada)
Langkah 1: Kira tolakan per unit (dalam RM)
Rebate (RM/unit)
= 13.00 × 5%
= 13.00 × 0.05
= RM0.65
Promo fund (RM/unit)
= 13.00 × 3%
= RM0.39
Markdown (RM/unit)
= 13.00 × 2%
= RM0.26
Listing fee (RM/unit)
= 500 ÷ 1,000
= RM0.50
Logistik (RM/unit)
= RM0.50
Langkah 2: Jumlah tolakan (RM/unit)
Jumlah tolakan
= 0.65 + 0.39 + 0.26 + 0.50 + 0.50
= RM2.30
Langkah 3: NSP (Harga Bersih Supplier)
NSP
= GSP − Jumlah tolakan
= 13.00 − 2.30
= RM10.70
Langkah 4: Untung bersih supplier (RM/unit)
Untung bersih
= NSP − Kos per unit
= 10.70 − 10.00
= RM0.70
Langkah 5: Margin bersih (%)
Margin bersih
= Untung bersih ÷ NSP × 100
= 0.70 ÷ 10.70 × 100
= 6.54%
Ringkasan “Aha Moment”
Walaupun “atas kertas” anda nampak untung RM3.00 (13 − 10), selepas tolakan retail anda sebenarnya tinggal RM0.70 seunit.
FAQ
Q1
Apa beza GSP dan NSP?
GSP ialah harga supply kasar (harga invoice). NSP ialah harga bersih selepas semua tolakan. Dalam retail, yang menentukan “anda untung atau rugi” ialah NSP, bukan GSP.
Q2
Rebate/Promo/Markdown dikira atas angka mana?
Dalam kalkulator ini, semuanya dikira atas GSP (harga supply). Ini memudahkan anda banding senario dan nampak kesan setiap tolakan.
Q3
Kenapa perlu masukkan “Target unit” untuk listing fee?
Sebab listing fee biasanya dibayar sekali (lump sum). Untuk faham impaknya pada untung, kita perlu agihkan kepada kos per unit:
Listing fee per unit = total listing fee ÷ target unit.
Jika target unit kecil, kos listing per unit jadi besar dan untung cepat “habis”.
Q4
Jika NSP jadi rendah atau negatif, apa tindakan yang patut saya buat?
Ini tanda struktur harga tak sihat. Anda ada beberapa pilihan:
- Turunkan kos (produk/packing/logistik)
- Naikkan GSP (runding semula harga supply)
- Runding semula tolakan (rebate/promo/markdown)
- Kurangkan listing fee (atau naikkan target unit supaya fee/unit turun)
- Kalkulator ini bantu anda nampak “bocor” di bahagian mana dulu.
Q5
Adakah kalkulator ini sudah cukup untuk buat keputusan masuk pasaraya?
Ia cukup untuk menilai profitability sebenar per unit selepas tolakan. Tetapi untuk keputusan akhir, anda juga patut semak:
- potensi volume jualan (unit/bulan/outlet)
- cashflow & payment term (30/60/90 hari)
- risiko return/expired untuk produk mudah rosak
- Selepas G2N, langkah seterusnya biasanya Break-even listing fee dan Cash gap/payment term.