Harga Rak / SRP

Ringkasan

Kalkulator ini bantu usahawan produk (retail-ready) kira Harga Rak / SRP yang sesuai bila nak masuk pasaraya.

Formula

1) Harga Supply ke Pasaraya
Harga Supply = Kos Seunit × (1 + Markup/100)

2) Harga Rak / SRP
SRP = Harga Supply ÷ (1 − Margin Pasaraya/100)

3) Untung Anda Seunit
Untung Anda = Harga Supply − Kos Seunit

4) Untung Pasaraya Seunit
Untung Pasaraya = SRP − Harga Supply

Cara Guna

  1. Masukkan Kos Seunit (RM) -(contoh: kos produk + pembungkusan + kos berkaitan seunit)
  2. Masukkan Markup Anda (%)-(contoh: 20%, 30%, 40% ikut sasaran untung & strategi)
  3. Masukkan Margin Pasaraya (%) – (contoh: 20% hingga 35% bergantung kategori & rundingan)
  4. Sistem akan papar Harga Supply, SRP, dan ringkasan untung anda serta pasaraya.

Contoh Kiraan

Situasi: Anda jual produk ke pasaraya.

Input

  • Kos seunit = RM10.00
  • Markup anda = 30%
  • Margin pasaraya = 25%

Langkah 1: Kira Harga Supply
Harga Supply = 10.00 × (1 + 30/100)
Harga Supply = 10.00 × 1.30
Harga Supply = RM13.00

Langkah 2: Kira SRP (Harga Rak)
SRP = 13.00 ÷ (1 − 25/100)
SRP = 13.00 ÷ 0.75
SRP = 17.333…
SRP = RM17.33

Ringkasan Untung

  • Untung anda seunit = 13.00 − 10.00 = RM3.00
  • Untung pasaraya seunit = 17.33 − 13.00 = RM4.33

FAQ

Q1

Kenapa perlu kira SRP, bukan setakat Harga Supply saja?

Sebab pasaraya ambil margin dari SRP. Kalau anda tak kira SRP awal, anda boleh tersedar “harga rak jadi mahal” hanya selepas masuk shelf.

Q2

Kenapa bila margin pasaraya naik sikit, SRP boleh naik banyak?
Sebab margin pasaraya ditolak daripada SRP. Bila margin makin besar, baki untuk “harga supply” makin kecil, jadi SRP perlu naik lebih cepat untuk kekalkan struktur margin yang sama. Ini yang selalu buat produk jadi “terlalu mahal” bila tak kira awal.

Q3

Markup dan margin tu benda sama ke?
Tak sama. Dalam kalkulator ini:
Margin pasaraya = bahagian pasaraya atas SRP
Dua istilah ni selalu tertukar — kalkulator ini bantu nampak bezanya.
Markup = anda tambah atas kos untuk dapat harga supply

Q4

Kalkulator ini “cukup” untuk letak harga retail ke?
Dalam kalkulator ini, markup dikira atas kos untuk dapatkan harga supply.