Inventory Days
Inventory Days
Kalkulator ini membantu anda mengira berapa hari purata stok berada dalam perniagaan sebelum dijual atau digunakan. Lagi tinggi hari stok, lagi lama tunai terikat dalam inventori.
Formula
Inventory Days = Purata Inventori / Kos Jualan × Bilangan Hari
Purata Inventori = (Stok Awal + Stok Akhir) / 2
Formula alternatif: Inventory Days = Bilangan Hari / Inventory Turnover
Cara Guna
1. Masukkan jumlah Kos Jualan atau COGS untuk tempoh tersebut.
2. Masukkan nilai stok awal.
3. Masukkan nilai stok akhir.
4. Pilih tempoh analisis yang sama dengan COGS.
5. Klik butang Kira Sekarang.
Contoh Kiraan
| Perkara | Jumlah |
|---|---|
| Kos Jualan / COGS | RM48,000 |
| Stok Awal | RM12,000 |
| Stok Akhir | RM8,000 |
| Purata Inventori | RM10,000 |
| Tempoh Analisis | 365 hari |
| Inventory Days | 76.04 hari |
FAQ Ringkas
1. Apa maksud Inventory Days?
Ia menunjukkan berapa hari purata stok berada dalam perniagaan sebelum dijual atau digunakan.
2. Lagi rendah Inventory Days, lagi bagus?
Biasanya ya, kerana stok lebih cepat bertukar menjadi jualan. Tetapi terlalu rendah boleh menyebabkan risiko kehabisan stok.
3. Kalau Inventory Days terlalu tinggi, apa maksudnya?
Ia mungkin bermaksud stok lambat bergerak, terlebih beli, produk kurang laku atau tunai terlalu banyak tersangkut dalam stok.
4. Kenapa COGS penting?
Inventory Days menggunakan kos jualan, bukan jualan. Ini kerana kita mahu bandingkan nilai stok dengan kos stok yang benar-benar telah dijual atau digunakan.
5. Sesuai untuk bisnes apa?
Sesuai untuk retail, makanan, produk fizikal, manufacturing, stok bahan mentah, stok siap dan bisnes servis yang menggunakan barang atau alat ganti.