Reorder Point
Reorder Point
Kalkulator ini membantu anda menentukan paras stok untuk mula order semula. Ia berguna supaya perniagaan tidak tunggu stok habis baru kelam-kabut order supplier.
Formula
Reorder Point = Penggunaan Harian × Lead Time + Safety Stock
Permintaan Semasa Lead Time = Penggunaan Harian × Lead Time
Cara Guna
1. Masukkan purata penggunaan atau jualan harian dalam unit.
2. Masukkan lead time supplier dalam hari.
3. Masukkan safety stock jika ada.
4. Klik butang Kira Sekarang.
Contoh Kiraan
| Perkara | Jumlah |
|---|---|
| Purata Penggunaan / Jualan Harian | 25 unit sehari |
| Lead Time Supplier | 7 hari |
| Permintaan Semasa Lead Time | 175 unit |
| Safety Stock | 50 unit |
| Reorder Point | 225 unit |
FAQ Ringkas
1. Apa maksud Reorder Point?
Reorder Point ialah paras stok yang menjadi tanda bila perniagaan perlu mula order stok semula.
2. Kenapa tak tunggu stok habis baru order?
Sebab supplier ambil masa untuk hantar stok. Kalau tunggu stok habis, perniagaan mungkin hilang jualan semasa menunggu stok sampai.
3. Apa itu lead time?
Lead time ialah tempoh masa dari tarikh order dibuat sehingga stok sampai dan boleh digunakan atau dijual.
4. Apa itu safety stock?
Safety stock ialah stok tambahan untuk melindungi perniagaan daripada risiko permintaan mengejut, lambat sampai, rosak atau kesilapan ramalan.
5. Sesuai untuk bisnes apa?
Sesuai untuk retail, makanan, produk fizikal, manufacturing, bakery, farmasi, bengkel, stok bahan mentah, stok packaging dan stok barang siap.