Yield / Susut Bahan
Ringkasan
Kira peratus yield (hasil bersih) dan susut bahan selepas proses siang/trim. Ini bantu anda kira kos sebenar bahan yang masuk dalam produk.
Formula
Yield (%) = (Berat Bersih ÷ Berat Beli) × 100
Susut (%) = 100 − Yield
Maksudnya: yield menunjukkan berapa % yang benar-benar boleh digunakan.
Cara Guna
- Masukkan berat beli (g/kg).
- Masukkan berat bersih selepas siang/trim (g/kg).
- Semak Yield (%) dan Susut (%).
Contoh Kiraan
Beli 1,000g, bersih 850g → Yield 85.00% dan Susut 15.00%
FAQ
Q1
Saya guna kg, boleh?
Boleh. Yang penting kedua-dua input guna unit yang sama (kg dengan kg, atau g dengan g). Kalkulator akan kira peratus.
Q2
Kenapa yield penting untuk costing?
Sebab kos sebenar bahan yang boleh digunakan lebih tinggi bila ada susut. Contohnya, bila yield 85%, kos “bahan bersih” sebenarnya lebih mahal daripada kos beli asal.
Q3
Macam mana nak guna yield untuk kira kos sebenar?
Anda boleh laraskan kos bahan: Kos bersih = Kos beli ÷ (Yield/100). Contoh: kos beli RM20, yield 80% → kos bersih RM25.