Markup Ke Harga Jual

Ringkasan

Kira harga jual berdasarkan kos dan markup sasaran. Sesuai untuk semak harga cepat sebelum letak price tag.

Formula

Harga Jual = Kos × (1 + Markup/100)

Maksudnya: Markup 50% bermaksud tambah 50% daripada kos ke atas harga.

Cara Guna

  • Masukkan kos produk (RM).
  • Masukkan markup (%).
  • Semak harga jual yang terhasil.

Contoh Kiraan

Kos RM10, markup 50% → Harga jual RM15.00

FAQ

    Markup beza dengan margin?

    Markup ialah peratus untung berbanding kos. Margin pula peratus untung berbanding harga jual. Contoh: kos RM10, markup 50% → harga RM15 (margin lebih kurang 33.33%).

    Markup 50% maksudnya tambah RM50 ke?

    Bukan. Markup 50% bermaksud tambah 50% daripada kos. Kalau kos RM10, 50% = RM5, jadi harga jual RM15.

    Markup ini dah termasuk overhed dan fee platform?

    Belum semestinya. Kalau kos yang anda masukkan hanya kos bahan/COGS, anda perlu tambah juga overhed seunit, packaging, dan fee platform/delivery untuk dapat harga yang lebih realistik.

    Kalau harga jadi terlalu tinggi, apa patut saya buat?

    Ada 3 pilihan: turunkan kos (supplier, portion, waste), turunkan markup, atau naikkan nilai (bundle, saiz, positioning, servis). Jangan semata-mata potong harga sampai margin “bocor”.

    Berapa markup yang sesuai?

    Tiada angka magic. Mulakan dengan sasaran untung yang anda perlukan dan semak harga pasaran. Untuk keputusan lebih tepat, guna sekali kalkulator Overhed per Unit dan Untung Bersih per Unit.