Diskaun Selamat
Ringkasan
Kira harga selepas diskaun dan semak margin yang tinggal. Sesuai untuk buat promo tanpa “terlajak murah” sampai makan modal..
Formula
Harga Selepas Diskaun = Harga Asal × (1 − Diskaun/100)
Margin Selepas Diskaun (%) = (Harga Selepas Diskaun − Kos) ÷ Harga Selepas Diskaun × 100
Maksudnya: kita semak berapa % untung kasar yang masih tinggal selepas potong harga.
Cara Guna
- Masukkan harga asal (RM), kos produk (RM) dan diskaun (%).
- Semak harga selepas diskaun.
- Lihat margin selepas diskaun untuk pastikan masih munasabah.
Contoh Kiraan
Harga RM20, kos RM10, diskaun 25% → Harga selepas diskaun RM15.00, margin 33.33%
FAQ
Q1
Margin selepas diskaun jadi rendah — salah ke buat promo?
Tak salah, tapi kena sedar tujuan promo: tarik pelanggan baru, habiskan stok, atau boost volume. Pastikan anda tahu limit supaya promo tak jadi “rugi konsisten”.
Q2
Boleh guna kos produk sahaja, atau kena masuk overhed?
Untuk semakan cepat, kos produk pun ok. Kalau nak lebih tepat, tambah overhed seunit (atau guna kalkulator Untung Bersih per Unit) sebelum buat keputusan diskaun.
Q3
Macam mana nak tahu diskaun maksimum yang selamat?
Semak margin minimum yang anda sanggup (contoh 25% atau RM tertentu per unit). Kemudian cuba beberapa % diskaun sampai jumpa margin yang masih boleh diterima.