Degree Operating Leverage (DOL)

Ringkasan

Operating Leverage (DOL) mengukur “sensitiviti” untung terhadap perubahan jualan. Lagi tinggi DOL, lagi besar naik turun untung bila jualan berubah.

Formula

Contribution = Jualan − Kos Berubah

Untung Operasi = Contribution − Kos Tetap

DOL = Contribution ÷ Untung Operasi

Cara Guna

  1. Masukkan jumlah jualan (RM) bagi tempoh sama (contoh sebulan).
  2. Masukkan kos berubah (RM) bagi tempoh sama.
  3. Masukkan kos tetap (RM) bagi tempoh sama.
  4. Semak contribution, untung operasi, dan DOL.
  5. Masukkan perubahan jualan (%) yang anda nak uji (contoh 5%, 10%, -15%).
  6. Semak anggaran perubahan untung (%).

Contoh Kiraan

Jualan RM10,000
Kos berubah RM6,000 → Contribution RM4,000
Kos tetap RM2,000 → Untung operasi RM2,000
DOL = 4,000 ÷ 2,000 = 2.00
Jika DOL = 2.00 dan perubahan jualan = -10%, anggaran perubahan untung ≈ -20%.

Cara Baca DOL

  • DOL ~ 1.0 – 2.0: lebih stabil (kos tetap tidak terlalu berat).
  • DOL > 3.0: lebih sensitif — perlu kawalan jualan & kos ketat.
  • Untung operasi hampir 0 / negatif: DOL boleh jadi sangat besar/negatif — ini tanda risiko tinggi (jualan turun sedikit pun cepat rugi).

FAQ

Q1

DOL tinggi tu bagus ke?
Boleh jadi bagus bila jualan meningkat (untung naik laju), tetapi berisiko bila jualan turun.

Q2

Apa yang buat DOL tinggi?
Kos tetap tinggi (sewa, gaji tetap, komitmen bulanan) berbanding contribution.

Q3

DOL rendah — adakah itu lebih baik?
DOL rendah biasanya lebih stabil, tapi bukan semestinya lebih untung. Bisnes kos berubah tinggi selalunya perlukan volume lebih besar untuk untung besar. Jadi objektifnya bukan “DOL mesti rendah”, tetapi DOL yang sesuai dengan kestabilan jualan dan tahap risiko yang anda sanggup tanggung.