Recommended Selling Price (RSP)/Harga Di Rak

Ringkasan

Kalkulator RSP ini membantu usahawan produk menentukan struktur harga bila masuk pasaraya — sama ada anda bermula dari kos & sasaran untung , atau pasaraya sudah beri Harga Rak/RSP.

Ia mengajar aliran harga yang betul:
Kos per unit → Harga Supply (harga anda kepada pasaraya) → RSP (harga rak pelanggan)
dan pada masa sama menunjukkan markup/margin usahawan serta untung/margin pasaraya supaya boleh nampak sama ada harga itu masih munasabah atau sebenarnya “makan diri”.

Formula & Maksud Istilah

Apa itu Harga Supply?
Harga Supply ialah harga anda jual kepada pasaraya (harga invois supplier → retailer). Ini bukan harga pelanggan.

Apa itu RSP?
RSP (Recommended Selling Price) ialah Harga Rak — harga yang pelanggan nampak dan bayar di pasaraya.

Apa itu Margin Pasaraya?
Margin pasaraya (%) ialah bahagian untung kasar pasaraya yang dikira atas SRP:
Margin pasaraya = (RSP − Harga Supply) ÷ RSP × 100

Apa itu Untung Pasaraya (RM/unit)?
Untung pasaraya (RM/unit) ialah beza ringgit antara SRP dan Harga Supply:
Untung pasaraya (RM/unit) = RSP − Harga Supply

1) Harga Supply ke Pasaraya
a) Jika anda isi Markup (%)
Harga Supply = Kos × (1 + Markup/100)
b) Jika anda isi Margin produk (%)
Margin produk (%) = (Harga Supply − Kos) ÷ Harga Supply × 100
→ Maka: Harga Supply = Kos ÷ (1 − Margin/100)

2) Bila pasaraya tentukan RSP
a) Jika pasaraya beri Margin pasaraya (%)
Harga Supply = RSP × (1 − Margin pasaraya/100)
b) Jika pasaraya beri Untung (RM/unit)
Harga Supply = RSP − Untung pasaraya (RM/unit)

3) Dari Harga Supply ke RSP (jika target pasaraya diberi)
a) Jika target pasaraya Margin (%)
RSP = Harga Supply ÷ (1 − Margin pasaraya/100)
b) Jika target pasaraya Untung (RM/unit)
RSP = Harga Supply + Untung pasaraya (RM/unit)

Cara Guna

  1. Masukkan Kos Seunit (RM) -(contoh: kos produk + pembungkusan + kos berkaitan seunit)
  2. Pilih salah satu:
    Mode 1: Saya tentukan Harga Supply (anda nak plan harga)
    Mode 2: Pasaraya tetapkan Harga Rak (RSP) (anda nak kira balik margin anda)
  3. Jika Mode 1
    Pilih cara sasaran untung usahawan:
    Margin produk (%) atau Markup (%)
  4. Jika Mode 2
    Isi Harga Rak / RSP (harga yang pasaraya nak letak di rak
    Pilih cara target pasaraya:
    Margin pasaraya (%) atau Untung pasaraya (RM/unit)

Contoh Kiraan

Input

  • Kos seunit = RM10.00
  • Markup anda = 30%
  • Margin pasaraya = 25%

Langkah 1: Kira Harga Supply
Harga Supply = 10.00 × (1 + 30/100)
Harga Supply = 10.00 × 1.30
Harga Supply = RM13.00

Langkah 2: Kira RSP (Harga Rak)
SRP = 13.00 ÷ (1 − 25/100)
SRP = 13.00 ÷ 0.75
SRP = 17.333…
SRP = RM17.33

Ringkasan Untung
Untung anda seunit = 13.00 − 10.00 = RM3.00
Untung pasaraya seunit = 17.33 − 13.00 = RM4.33

    FAQ

    Q1

    Saya patut tetapkan harga guna markup atau margin?

    Untuk usahawan, lebih mudah mula dengan markup (atas kos) atau margin produk (atas harga supply). Dua-dua boleh, tetapi jangan campur serentak. Kalkulator ini tunjuk keduanya supaya anda faham perbezaan dan kesannya.

    Q2

    Kenapa SRP saya jadi tinggi bila margin pasaraya naik sedikit?
    Sebab SRP dibina dari formula: RSP = Supply ÷ (1 − margin).
    Bila margin menghampiri 100%, pembahagi jadi kecil dan SRP boleh “melonjak”. Sebab itu margin pasaraya sangat sensitif pada SRP.

    Q3

    Bila pasaraya sudah beri RSP apa yang paling penting saya semak?
    Semak Harga Supply yang tinggal, markup dan margin yang tinggal.
    Kalau margin anda jadi terlalu nipis atau rugi, anda perlu ubah strategi: turunkan kos, ubah pack size, atau runding semula target pasaraya.

    Q4

    Pasaraya biasanya sebut margin (%) atau untung RM/unit?
    Kedua-duanya boleh berlaku. Ada buyer bercakap dalam % (margin), ada yang suka terus sebut ringgit per unit (lebih mudah nampak “berapa mereka dapat”). Kalkulator ini benarkan anda isi salah satu dan terus nampak equivalent yang satu lagi.

    Q5

    Adakah kalkulator ini sudah cukup untuk “confirm” harga masuk pasaraya?
    Ini adalah kiraan asas struktur harga (kos → supply → RSP).
    Untuk realiti pasaraya, biasanya ada lagi tolakan seperti rebate, promo fund, listing fee, markdown support, return/expired, logistic. Selepas anda puas hati dengan SRP, langkah seterusnya ialah guna kalkulator Gross-to-Net untuk kira harga bersih sebenar dan untung sebenar selepas semua tolakan.