Cash Gap / Modal Pusingan

Ringkasan

Kalkulator Cash Gap / Modal Pusingan (Route) membantu anda anggarkan modal minimum yang perlu disediakan bila jual ke saluran retail — sama ada:

  • Direct ke Retailer (retailer bayar terus kepada manufacturer), atau
  • Via Distributor (manufacturer jual kepada distributor, kemudian distributor jual kepada retailer)

Dalam retail, masalah biasa ialah jualan naik tapi duit lambat masuk (payment term 30/60/90 hari). Kalkulator ini menunjukkan berapa banyak duit “terkunci” dalam:

  • AR (hutang pelanggan / duit belum masuk)
  • Inventori (stok)
    dan ditolak oleh:
  • AP (hutang kepada supplier / term bayar bahan)

Output utama ialah Modal Pusingan (RM) dan Modal + Buffer (RM).

    Formula & Maksud Istilah

    C) Kira Target Kos Maksimum Manufacturer daripada P_MD

    Cara Guna Kalkulator

    Langkah 1 — Masukkan harga rak

    1. Isi RSP/SRP (Harga Rak).

    Langkah 2 — Pilih Route

    1. Pilih:
    • Direct ke Retailer (tanpa distributor), atau
    • Via Distributor

    Langkah 3 — Tetapkan sasaran retailer

    1. Pilih cara retailer:
    • Margin retailer (%) atau
    • Untung retailer (RM/unit)
      → Isi salah satu. Kalkulator akan kira P_DR.

    Langkah 4 — Jika via distributor, tetapkan sasaran distributor

    1. Pilih cara distributor:
    • Margin %, Markup %, atau Untung RM/unit
      → Isi salah satu. Kalkulator akan kira P_MD.

    Langkah 5 — Tetapkan sasaran manufacturer

    1. Pilih target manufacturer:
    • Margin manufacturer (%) atau
    • Markup manufacturer (%)
      → Kalkulator akan keluarkan Target Kos Maksimum Manufacturer.

    (Optional) Semak kos semasa

    1. Tick “Saya ada kos semasa” dan masukkan kos semasa untuk lihat:
      berapa perlu turunkan kos (RM/unit)

    Contoh Kiraan

    Input

    • RSP = RM19.90
    • Retailer margin = 25%
    • Distributor markup = 15%
    • Manufacturer target margin = 35%

    Kiraan

    • P_DR = 19.90 × (1 − 0.25) = 14.93
    • P_MD = 14.93 ÷ 1.15 = 12.98
    • KosMax = 12.98 × (1 − 0.35) = 8.44

    Ringkasan

    • Untuk capai margin manufacturer 35% dalam struktur ini, kos seunit mesti ≤ RM8.44.

    FAQ

    Q1

    Ini “kos minimum” atau “kos maksimum”?
    Ini ialah kos maksimum yang dibenarkan untuk capai margin/markup sasaran. Lagi rendah kos sebenar, lagi selamat margin anda

    Q2

    Bila patut guna Route Direct vs Via Distributor?
    Guna Direct bila retailer beli terus dari manufacturer.
    Guna Via Distributor bila retailer beli dari distributor — kerana distributor akan ambil bahagian mereka sebelum harga sampai ke manufacturer.

    Q3

    Kenapa saya perlu kira balik dari RSP?
    Sebab dalam banyak kes, retailer dah “lock” RSP untuk kekal kompetitif. Maka satu-satunya cara untuk capai margin ialah optimise kos atau runding bahagian setiap layer.

    Q4

    Distributor patut guna margin%, markup% atau RM/unit?
    Semua boleh berlaku. Ramai distributor suka RM/unit untuk item murah (mudah nampak ringgit). Margin/markup pula biasa untuk KPI dan polisi harga.

    Q5

    Jika Target Kos Maksimum jadi 0/negatif, maksudnya apa?
    Maksudnya struktur harga tak masuk akal untuk sasaran yang anda letak:
    RSP terlalu rendah, margin retailer/distributor terlalu tinggi, atau target margin/markup manufacturer terlalu agresif. Anda perlu ubah salah satu faktor ini.

    Nota Penting (bila RSP jadi “tak masuk akal” selepas ada distributor)

    Kalau kalkulator tunjuk KosMax terlalu rendah (susahlah nak capai), maknanya ruang untuk manufacturer terlalu sempit. Biasanya ada 3 jalan utama untuk naikkan KosMax:

    1) Naikkan RSP (Harga Rak)

    Bila RSP naik, automatik P_DR dan P_MD boleh naik — jadi KosMax pun naik.
    ✅ Sesuai kalau produk ada value/branding yang boleh justify harga lebih tinggi.

    2) Kurangkan “bahagian” retailer atau distributor

    Runding semula supaya:

    • Margin retailer lebih rendah atau tukar kepada sasaran RM/unit yang lebih realistik
    • Margin/markup/untung distributor lebih rendah (atau caj diubah struktur)

    ✅ Sesuai bila RSP memang tak boleh naik (pasaran sensitif harga).

    3) Longgarkan target margin/markup manufacturer (sementara)

    • Kalau target manufacturer terlalu tinggi, KosMax akan turun.
    • Kadang-kadang strategi terbaik ialah:
      • margin awal lebih rendah untuk masuk shelf & bina volume,
      • kemudian naikkan margin melalui scale, pack size, atau efficiency.

    ✅ Sesuai untuk fasa “entry” ke retail.

    Tip praktikal: Ubah satu faktor sahaja setiap kali (RSP / retailer / distributor / target mfg) dan lihat perubahan KosMax — itu cara paling cepat buat keputusan.