Break-even Listing Fee
Ringkasan
Kalkulator Break-even Listing Fee ini membantu usahawan kira berapa unit perlu dijual untuk “cover” listing fee/slotting fee yang dikenakan oleh pasaraya sebelum anda mula benar-benar untung.
Ramai usahawan set harga sudah betul, tapi lupa kos masuk retail seperti listing fee. Akhirnya sales nampak ada, tetapi keuntungan masih “habis” untuk bayar yuran kemasukan.
Kalkulator ini guna untung bersih seunit (sebaiknya daripada kalkulator Gross-to-Net) untuk kira unit break-even yang lebih realistik.
Formula & Maksud Istilah
1) Listing Fee (RM)
Yuran kemasukan/penyenaraian produk di pasaraya. Biasanya dibayar sekali (lump sum) atau per outlet.
2) Untung Bersih Seunit (RM/unit)
Untung sebenar anda per unit selepas tolakan retail (rebate, promo fund, listing fee/unit, logistik, return allowance, dll).
Kalau anda guna untung kasar, break-even akan jadi “nampak mudah” tetapi tidak realistik.
Kiraan utama (per unit)
Unit Break-even (jumlah unit)
= Listing Fee ÷ Untung Bersih Seunit
(dibulatkan ke atas kerana unit tak boleh pecah)
Jika anda pecahkan ikut outlet & tempoh:
Purata unit / outlet / bulan
= Unit Break-even ÷ (Bilangan outlet × Bilangan bulan)
Minimum unit / outlet / bulan
= Purata unit / outlet / bulan (dibulatkan ke atas)
Cara Guna
- Masukkan Listing Fee (RM) (jumlah yuran).
- Masukkan Untung Bersih Seunit (RM/unit).
Cadangan: ambil daripada output kalkulator Gross-to-Net (Untung bersih supplier). - Semak output Unit Break-even.
- Jika anda mahu nilai realistik ikut operasi, tick pilihan pecahkan ikut outlet & bulan, kemudian isi:
Bilangan outlet
Tempoh (bulan) - Semak output pecahan:
Purata unit / outlet / bulan
Minimum unit / outlet / bulan
Contoh Kiraan
Input
- Listing fee = RM500
- Untung bersih seunit = RM0.70
Unit break-even
- = 500 ÷ 0.70
- = 714.28 → dibulatkan ke atas
- = 715 unit
Jika pecahkan:
- Outlet = 5
- Tempoh = 2 bulan
Purata / outlet / bulan
= 715 ÷ (5×2)
= 71.50 unit
Minimum / outlet / bulan
= 72 unit
FAQ
Q1
Untung seunit yang patut saya guna: untung kasar atau untung bersih?
Guna untung bersih seunit (selepas tolakan retail). Itu yang paling realistik untuk kira break-even listing fee.
Q2
Kenapa unit break-even jadi sangat besar walaupun listing fee nampak “kecil”?
Sebab untung bersih seunit dalam retail biasanya kecil (contoh RM0.30–RM1.00). Bila untung seunit kecil, jumlah unit yang perlu dijual untuk cover fee akan naik cepat.
Q3
Kalau untung bersih seunit saya RM0 atau negatif, apa maksudnya?
Break-even memang tak boleh dicapai selagi struktur harga tak dibaiki. Anda perlu semak semula harga supply (GSP), tolakan retail, kos, atau strategi promo.
Q4
Listing fee ini untuk satu outlet atau semua outlet?
Bergantung peruncit. Jika listing fee dikenakan per outlet, masukkan jumlah keseluruhan (fee × bilangan outlet) untuk kiraan yang tepat.
Q5
Apa maksud “minimum unit/outlet/bulan”?
Ia ialah target jualan minimum yang lebih praktikal (dibulatkan ke atas) supaya anda boleh capai break-even dalam tempoh yang anda tetapkan.
Common Mistake (Kesilapan Paling Biasa)
Ramai usahawan tersilap sebab mereka “anggap listing fee tak ganggu untung seunit”.
Contoh:
Untung bersih nampak RM0.70 seunit, tapi sebenarnya anda ada listing fee RM500.
Kalau anda hanya mampu jual 300 unit, listing fee per unit jadi:
RM500 ÷ 300 = RM1.67 seunit
Maksudnya, untung RM0.70 tadi sebenarnya akan jadi rugi bila listing fee diagih per unit.
✅ Sebab itu kalkulator ini penting: ia bantu anda nampak berapa unit minimum yang wajib dicapai supaya listing fee tidak “makan” keuntungan anda.